Wednesday, March 24, 2010

TEMA PAKAIAN DAN AKSESORI

Sedang mengunting kain untuk dijadikan hiasan topi
Dengar jangan tak dengar.. penerangan dari Cikgu Mas.
Siap berposing... Tak nak bukak topi sebab nak bawak balik.

Bergaya dengan topi baru
Menghasilkan gelang tangan

Mempamerkan hasil kerja

Proses kerja menghasilkan gelang

Mengayakan pakaian tradisional


Monday, March 22, 2010

PERSIDANGAN ANTARABANGSA BUKU KANAK-KANAK 2010

Hari ini bertempat di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Dirasmikan oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Tema, Literasi Kanak-Kanak Dalam Dunia Yang Berubah. Anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia & Majlis Industri Buku Malaysia. Guru-guru Prasekolah telah menyertai Persidangan ini.Selepas persidangan sempat juga saya meninjau gerai-gerai jualan buku. Menarik, semua menarik perhatian.Rambang mata hendak membeli.Rasanya nak datang lagi. Jemputlah ke PWTC, boleh memborong buku-buku dengan harga yang berpatutan.

Saturday, March 13, 2010

TEMA MAKANAN

Kolaj Aiskrim


Aktiviti membuat roti sandwich

Aktiviti membuat jemput-jemput pisang

Saturday, March 6, 2010

Huruf K

Cikgu Mastura sedang melihat hasil kerja murid-murid.
Nur Amira menunjukkan hasil kerjanya
Hasil kerja murid-murid Prasekolah Sayang
Semalan murid-murid Kelas Prasekolah Sayang belajar huruf 'K' untuk subjek teras Bahasa Inggeris. Cikgu Mastura, cikgu pratikal mengajar murid-murid huruf 'K'. Begitu teruja murid-murid untuk membawa pulang huruf 'K' mereka. Murid yang tengah berposing muka masam sewaktu gambar dirakam ialah Fairuz. Entah kenapa, emosinya kurang baik semalan. Rasanya dia marah kerana cikgu tidak memanggil namanya sawaktu menjawab soalan. Jika tidak, dialah penglipur lara di kelas kami. Puas dipujuk tetap masam. Di sebelah Fairuz ialah PPM kelas kami, Puan Juliana. Murid-murid memanggilnya Ibu.

Wednesday, March 3, 2010

Aktiviti Tema Rumah Saya







Hari ini murid-murid melakukan aktiviti membuat penanda pintu untuk tombol pintu bersama Cikgu pelatih



Tuesday, March 2, 2010

ANUGERAH PENARAFAN PRASEKOLAH 2010

Semalam bertempat di Audititorium Tan Sri Abdul Rafie JPWPKL, telah diterangkan tentang Anugerah Penarafan Prasekolah 2010. Bermacam-macam informasi telah disampaikan oleh Unit Pengurusan PAKK Dan Prasekolah JPWPKL. Antara Kategorinya:
  1. Anugerah Guru Prasekolah
  2. Anegerah Pengurusan & Pentadbiran Prasekolah
  3. Anugerah Inovasi & Kreatif Guru
  4. Anugerah 3K Prasekolah
  5. Anugerah Murid Prasekolah
  6. Anegerah Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah
  7. Anegerah Landskap & Taman Permainan
  8. Anegerah Bahan CD Interaktif
  9. Anugerah Waris