Friday, January 22, 2010

Tetamu Prasekolah Sayang

Hari ini Kelas Prasekolah Sayang menerima tetamu daripada pensyarah dan jurukamera daripada English Language Teaching Centre Malaysia IPBA. Bermula dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari mereka merakam dan memerhati aktiviti yang berlaku di Kelas Prasekolah Sayang untuk modul kspk. Ha ape lagi glamor lah anak-anak muridku, lensa kamera perakam video sentiasa merakam aksi mereka. Tapi cikgunya tidak sempat merakam gambar pelawat. Terima kasih kerana sudi hadir ke kelas kami.

Monday, January 18, 2010

Latihan Memberus Gigi












Hari ini murid-murid Prasekolah Sayang menjalani latihan memberus gigi. Dua orang jururawat pergigian daripada Klinik Pergigian Bangsar telah hadir ke kelas Prasekolah Sayang untuk mendidik anak-anak Prasekolah Sayang tentang cara menjaga gigi yang betul. Murid-murid juga begitu seronok apabila diminta berlakon menjadi doktor gigi merawat pesakit. Jururawat telah memberi berus gigi dan ubat gigi kepada murid-murid. Gambar dua orang terseyum manis ini, ialah cikgu pratikal KDPM KEMAS dari IPG Kampus Bahasa Melayu. Mereka menjalani pratikal di Prasekolah Sayang selama 4 bulan. Selamat mengajar.



Tuesday, January 5, 2010

Hari Pertama Dan Kedua Persekolahan

Selamat datang ke prasekolah sayang....hari ini masuk hari kedua murid-2 prasekolah sayang hadir ke kelas.. Macam-macam kerenah dan ragam yang ada. Ada yang gembira ada yang meleleh air mata. tak kurang juga yang meronta-ronta ingin pulang ke rumah. Berusahalah saya memujuknya.. Harap-harap esok semuanya ok.