Thursday, December 22, 2011

Kelas Baru Kami





Tahun depan kami mendapat sebuah lagi kelas prasekolah. Masih lagi dalam proses, belum siap sepenuhnya. Harap-harap sempatlah siap sebelum sekolah dibuka. Kalau dah siap proses nak mengemas pula. Kelas sebelum ini pun mengambil masa yang lama untuk menceriakan semula. Tahun depan kenalah kami berusaha menceriakan kelas yang baru ini.

Tuesday, November 29, 2011

Graduasi Bersama Prasekolah SK Bangsar, Prasekolah SK Bukit Pantai, Prasekolah SK Bukit Bandaraya







Majlis berlansung di SK Bukit Bandaraya. Dirasmikan oleh Tuan Syed Halim, Ketua Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah Jabatan Pelajaran Wilayah Kuala Lumpur. Diharap kerjasama seperti ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan. Terima kasih pada semua yang menjayakan majlis ini.

Sunday, October 2, 2011

Sukaneka Prasekolah SK Bangsar, SK Bukit Bandaraya, SK Bukit Pantai











Akhirnya perkara yang dirancang telah berjaya dilaksanakan. Pada 24 September 2011, Walaupun ini adalah kerjasama pertama antara 3 buah prasekolah, program ini berjalan dengan jayanya. Pada peringkat awal timbul beberapa masalah, namun berkat kesabaran kami semua, akhirnya tercapai juga hasrat murni kami. Terima kasih tidak terhingga pada semua yang sudi menghulurkan bantuan. Hanya tuhan yang dapat membalasnya. Pada anak-anak didik, cikgu seronok sangat melihat anda semua tersenyum riang.

Friday, September 30, 2011

Friday, July 22, 2011

BENGKEL PENGURUSAN INVENTORI DAN SISTEM FAIL UNTUK GURU-GURU PRASEKOLAH ZON BANGSAR DAN PUDU

BENGKEL PENGURUSAN INVENTORI DAN SISTEM FAIL UNTUK GURU-GURU PRASEKOLAH ZON BANGSAR DAN PUDU

TARIKH: 20 HINGGA 22 JULAI 2011

TEMPAT : STRAITS MERIDIAN HOTEL, MELAKA.

Bengkel ini telah berlansung dengan jayanya. Diharap guru-guru prasekolah dapat menggunakan ilmu yang diperolehi dalam pengurusan prasekolah masing-masing. Banyak input-input terbaru yang diperolehi.

Tuesday, July 19, 2011

Hari Terakhir Pratikum

Terima Kasih kepada Cikgu Serena dan Cikgu Ama kerana telah sudi menjalani Pratikum di Prasekolah Sayang. Selamat Maju Jaya kepada anda berdua.





Wednesday, April 6, 2011

Lawatan Ke Putrajaya


Masjid Putrajaya
Cruise Tasik
Kita minum dulu
Adira dan Daniella
Seronoknya
Cikgu pun sempat posing
Bergambar bersama cikgu-cikgu pengirng, abang-abang n kakak-kakak
Dalam Cruise, seronok sangat
Sebelum naik cruise, posing dulu
Bersedia untuk naik bas

Pada 5 April 2011, murid Prasekolah Sayang telah melawat ke Putrajaya. Murid-murid teleh menaiki Cruise Tasik Putrajaya, melawat masjid Putrajaya dan melawat kawasan sekitar Putrajaya. Terima kasih pada semua yang membantu menjayakan lawatan ini.