Wednesday, November 7, 2012

Thursday, July 12, 2012

Bengkel Alam Sekitar Untuk Prasekolah Zon Bangsar



Pada 12 Julai 2012 telah diadakan Bengkel Alam Sekitar Untuk Prasekolah Zon Bangsar anjuran Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan. Bengkel ini telah diadakan di SK Taman Desa. Prasekolah Bangsar telah menghantar 3 orang peserta iaitu adik Aisyah, Tengku dan Afiqah. Pada majlis ini disampaikan Modul Alam Sekitar yang boleh digunakan di kelas prasekolah. Terima Kasih kerana zon kami terpilih

Senamrobik 1 Malaysia



Pada 10 Julai 2012, telah diadakan senamrobik 1 Malaysia. Murid prasekolah juga telah terlibat dalam acara ini.

Sukan Sekolah



Pada 7 Julai 2012, SKB telah mengadakan Sukan Tahunan sekolah. Murid prasekolah juga terlibat dalam majlis ini. Prasekolah telah terlibat dalam acara sukaneka dan acara tersebut diberi nama bakul ajaib.Murid telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 10 orang ahli. Johan acara ini dimenangi oleh rumah Kuning.


Thursday, June 28, 2012

Majlis Perpisahan En Hafiz

Majlis ini telah diadakan di kelas Prasekolah pada 27 Jun 2012. En. Hafiz Juruteknik di SKB telah dapat bertukar ke Kelantan. Selamat Bertugas di tempat baru dan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.








Hari Terbuka

Pada 22 Jun 2012, telah diadakan Hari Terbuka. Ibu bapa telah hadir ke kelas prasekolah untuk mengambil buku rekod murid. Ibu bapa juga telah berkesempatan berjumpa dan berbincang bersama guru kelas tentang anak masing-masing. Murid-murid dibenarkan pulang bersama ibu bapa.

Monday, June 18, 2012

Kami Juara

Salam Hari Isnin. Hari ini anak-anak murid cikgu mendapat hadiah sempena pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKB. Gambar di atas ialah para pemenag pertandingan mewarna tersebut. Teima kasih bagi hadiah pada anak-anak murid cikgu. Lain kali jemput bertanding lagi yer..

Friday, June 15, 2012

Pusat Teknologi

Salam 1 Malaysia, pada hari Khamis yang lalu, Prasekolah Pintar telah menerima 3 buah komputer dari makmal komputer SKB. Terima kasih pada cikgu Nik dan En Hafiz yang tolong pasang komputer tersebut. Selepas ini, bolehlah anak-anak murid cikgu menggunakan komputer tersebut. Maklumlah kelas baru memang tidak mempunyai komputer lagi. Walaupun komputer tersebut telah lama tetapi masih boleh digunakan. Bukan main seronok anak-anak murid cikgu menggunakan komputer tersebut. Terima kasih semua...


Friday, May 25, 2012

Sambutan Hari Lahir & Hari Guru


Pada 24 Mei 2012, Prasekolah Pintar & Sayang telah mengadakan sambuatan Hari Lahir bagi murid-murid yang lahir pada bulan Jan-Jun dan sambutan Hari Guru peringkat Prasekolah.   Seramai 23 orang murid telah menyambut hari lahir. Cikgu rasa seronok sekali bila melihat wajah-wajah comel begitu riang sekali walaupun cikgu letih menguruskan majlis ini. Maklum sajalah tahun ini anak-anak murid yang seramai 50 orang berbagai-bagai kerenah. Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Terima Kasih pada ibu bapa yang sudi memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk. Buat Cikgu Siti, Ibu Juliana & Ibu Fatimah, tanpa kalian pasti kelam kabut majlis ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih  buat Puan Che Norizam (GB) yang sudi memberi hadiah kepada anak-anak prasekolah dan cikgu-cikgunya sekali. Ingatan Puan buat kami,  amat kami hargai .Buat anak-anak comel ini, terima kasih hadiah yang kalian berikan. Selamat bercuti dan jangan lupa siapkan kerja sekolah yang cikgu beri. Cikgu sayang semua....


Saturday, February 4, 2012

Masa Berlalu Terlalu Pantas

Salam 1 Malaysia... begitu cepat masa berlalu. Sudah masuk bulan kedua tahun 2012. Cikgu masih belum sempat nak memuatkan gambar anak-anak comel tahun ni. Disebabkan dapat kelas baru, banyak keja perlu dibereskan. Sekarang ini masa lebih kepada menghias kelas dan P n P. Harap semuanya berjalan lancar. Bolehkah saya menjadi cikgu seperti yg tertulis di bawah ini...