Thursday, May 6, 2010

Persiapan Persembahan Minggu Anti Dadah



Minggu ini murid-murid prasekolah sibuk berlatih untuk persembahan Minggu Anti Dadah yang akan dirasmikan pada 10. 5. 2010. Dalam gambar ini 2 orang cikgu Pratikum dari Universiti Malaya yang sedang sibuk membantu membuat prop untuk persembahan murid. Cikgu Hafizi dan Cikgu Kamisah. Rajin-rajin dan kreatif sungguh. Mereka akan berada di kelas prasekoalh sehingga 25 Jun. Selamat Datang ke kelas Prasekolah Sayang. Nasib ada yang sudi membantu.Sudah beberapa minggu x sempat nak update blog keran sibuk dengan kerja-kerja di prasekolah

Tuesday, April 20, 2010

Majlis Persaraan Puan Bedah

Penyampaian hadiah kepada Puan Bedah
Macam model anak-anak muridku

Penat menunggu untuk membuat persembahan

Tunjuk bakat murid prasekolah

Cikgu Susana dan Sabri sibuk menghias van untuk
membawa Puan Bedah. Tengah hujan-hujan menghias

Bersama dengan Ibu Juliana

Bersama dengan Cikgu Amie

Wah.. Farah jadi Saloma. Pandai bergaya.
Tak sia-sia cikgu pilih

Puan Bedah tidak dapt menahan air mata.

Puan Bedah bergambar kenangan bersama-sama
kakitangan sokongan sekolah

Puan Bedah bergambar bersama Guru Besar

Kenangan di SKB


Hari ini, Puan Bedah kakitangan sekolah telah bersara. Oleh itu, pihak sekolah telah mengadakan majlis persaraan beliau. Murid-murid Prasekolah Sayang tidak ketinggalan membuat persembahan. Lagu pilihan "Malam Pesta Muda Mudi". Mengimbau kembali zaman dulu-dulu.Bersemangat anak-anak muridku membuat persembahan. Bertambah sayang cikgu dengan anak-anak comel ini.


Thursday, April 15, 2010

Sambutan Hari Jadi & Majlis Perpisahan Cikgu Pratikum







Cikgu Yana & Mas


Ibu Juliana yang tgh mengelap pingan. Rajin


Murid paling rajin. Tolong cikgu


& ibu mengemas dapur & mengelap pingan.
Siap tanya nak buat apa lagi. Sangat manja tapi baik hati


Guru Besar & Penolong Kanan


Licin pingan kek


Tersenyum gembira


Kek Izzat & Izzan


Kek Soleha


Kek Hafiz


Kek Murid Lelaki


Kek Murid Perempuan



Hari ini telah diadakan sambutan hari jadi untuk murid-murid yang lahir dari bulan Januari - April dan majlis perpisahan untuk Cikgu Pratikum KDPM KEMAS. Macam-macam gelagat yang sempat saya rakam sepanjang majlis.. Tapi disebabkan sibuk mengurus majlis, tak sempat nak rakam tiup lilin. Tengah cari gambar siapa yang ada merakam gambar tersebut. Majlis ini telah dihadiri oleh Guru Besar Tuan Haji Nordin, GPK-GPK dan beberapa orang guru. Encik Ali telah menyampai hadiah kepada murid yang menyambut hari jadi. Terima Kasih kepada ibu bapa yang membawa makanan. Banyak betul kami dapat kek. Murah rezeki.

Saturday, April 10, 2010

Melukis Mural






Hari ini bersempena dengan gotong royong dan Kem Solat Bestari di sekolah, Cikgu Yana dan Cikgu Mas menyiapkan mural di ruang makan kelas Prasekolah Sayang. Ada lagi sikit-sikit yang kena ditambah. Apa pun terima kasih ye.

Tuesday, April 6, 2010

TEMA SAYUR-SAYURAN

Bahan-bahan

Hazim bersungguh-sungguh melipat kulit popia, dibantu oleh Ibu.
Izati
Sedang digoreng. Sedap....








Minggu ini murid-murid Prasekolah Sayang belajar tema sayur-sayuran. Hari ini bersama Cikgu Yana mereka menghasilkan kolaj sayur-sayuran.