Pada 25 Jun telah diadakan Majlis Sambutan Hari Jadi murid-murid yang lahir pada bulam Mei dan Jun. Pada hari tersebut juga diadakan majlis perpisahan guru pratikum UM yang telah menjalani pratikum selama 2 bulan di Prasekolah Sayang. Terima kasih kepada ibu bapa yang menyumbang makanan untuk majlis tersebut. Selamat Maju Jaya kepada Cikgu Hafizi dan Cikgu Kamisah. Terima kasih kerana sudi menjalani pratikum di Prasekolah Sayang.
Saturday, June 26, 2010
Friday, June 4, 2010
Lawatan Ke Aquaria KLCC




Salam, agak lama tidak berkesempatan menulis dalam blog ini. Pada 3 Jun 2010, murid Prasekolah Sayang telah melawat ke Aquaria KLCC. Lawatan ini juga bersama-sama dengan Pusat Sumber Sekolah. Seramai 8 orang guru telah mengiring para peserta lawatan. Seronok betul dapat melawat ke sana bersama kawan-kawan. Terima kasih pada yang membantu.
Thursday, May 6, 2010
Persiapan Persembahan Minggu Anti Dadah
Tuesday, April 20, 2010
Majlis Persaraan Puan Bedah
membawa Puan Bedah. Tengah hujan-hujan menghias
Tak sia-sia cikgu pilih
kakitangan sokongan sekolah
Hari ini, Puan Bedah kakitangan sekolah telah bersara. Oleh itu, pihak sekolah telah mengadakan majlis persaraan beliau. Murid-murid Prasekolah Sayang tidak ketinggalan membuat persembahan. Lagu pilihan "Malam Pesta Muda Mudi". Mengimbau kembali zaman dulu-dulu.Bersemangat anak-anak muridku membuat persembahan. Bertambah sayang cikgu dengan anak-anak comel ini.
Thursday, April 15, 2010
Sambutan Hari Jadi & Majlis Perpisahan Cikgu Pratikum
& ibu mengemas dapur & mengelap pingan.
Siap tanya nak buat apa lagi. Sangat manja tapi baik hati
Siap tanya nak buat apa lagi. Sangat manja tapi baik hati
Hari ini telah diadakan sambutan hari jadi untuk murid-murid yang lahir dari bulan Januari - April dan majlis perpisahan untuk Cikgu Pratikum KDPM KEMAS. Macam-macam gelagat yang sempat saya rakam sepanjang majlis.. Tapi disebabkan sibuk mengurus majlis, tak sempat nak rakam tiup lilin. Tengah cari gambar siapa yang ada merakam gambar tersebut. Majlis ini telah dihadiri oleh Guru Besar Tuan Haji Nordin, GPK-GPK dan beberapa orang guru. Encik Ali telah menyampai hadiah kepada murid yang menyambut hari jadi. Terima Kasih kepada ibu bapa yang membawa makanan. Banyak betul kami dapat kek. Murah rezeki.
Subscribe to:
Posts (Atom)

