Sunday, October 2, 2011

Sukaneka Prasekolah SK Bangsar, SK Bukit Bandaraya, SK Bukit Pantai











Akhirnya perkara yang dirancang telah berjaya dilaksanakan. Pada 24 September 2011, Walaupun ini adalah kerjasama pertama antara 3 buah prasekolah, program ini berjalan dengan jayanya. Pada peringkat awal timbul beberapa masalah, namun berkat kesabaran kami semua, akhirnya tercapai juga hasrat murni kami. Terima kasih tidak terhingga pada semua yang sudi menghulurkan bantuan. Hanya tuhan yang dapat membalasnya. Pada anak-anak didik, cikgu seronok sangat melihat anda semua tersenyum riang.

Friday, September 30, 2011

Friday, July 22, 2011

BENGKEL PENGURUSAN INVENTORI DAN SISTEM FAIL UNTUK GURU-GURU PRASEKOLAH ZON BANGSAR DAN PUDU

BENGKEL PENGURUSAN INVENTORI DAN SISTEM FAIL UNTUK GURU-GURU PRASEKOLAH ZON BANGSAR DAN PUDU

TARIKH: 20 HINGGA 22 JULAI 2011

TEMPAT : STRAITS MERIDIAN HOTEL, MELAKA.

Bengkel ini telah berlansung dengan jayanya. Diharap guru-guru prasekolah dapat menggunakan ilmu yang diperolehi dalam pengurusan prasekolah masing-masing. Banyak input-input terbaru yang diperolehi.

Tuesday, July 19, 2011

Hari Terakhir Pratikum

Terima Kasih kepada Cikgu Serena dan Cikgu Ama kerana telah sudi menjalani Pratikum di Prasekolah Sayang. Selamat Maju Jaya kepada anda berdua.





Wednesday, April 6, 2011

Lawatan Ke Putrajaya


Masjid Putrajaya
Cruise Tasik
Kita minum dulu
Adira dan Daniella
Seronoknya
Cikgu pun sempat posing
Bergambar bersama cikgu-cikgu pengirng, abang-abang n kakak-kakak
Dalam Cruise, seronok sangat
Sebelum naik cruise, posing dulu
Bersedia untuk naik bas

Pada 5 April 2011, murid Prasekolah Sayang telah melawat ke Putrajaya. Murid-murid teleh menaiki Cruise Tasik Putrajaya, melawat masjid Putrajaya dan melawat kawasan sekitar Putrajaya. Terima kasih pada semua yang membantu menjayakan lawatan ini.

Monday, November 15, 2010

KENANGAN BERSAMA










Hari ini merupakan Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Konvoksyen murid-murid prasekolah. Gambar yang lain belum dapat diedit lagi. Buat ibu bapa anak-anak comel ini harap bersabar yer. Terima kasih kepada guru yang telah membantu Prasekolah Sayang menjayakan setiap program yang melibatkan pra. Rasa begitu cepat masa berlalu, sedar-sedar sudah hampir setahun cikgu bersama anak-anak comel ini. Cikgu harap anak-anak murid cikgu ini menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhir.

Friday, August 20, 2010

Last Day Pratikum





Semalam merupakan hari terakhir pratikum Cikgu Muntazah dan Cikgu Izzati.

Wednesday, August 18, 2010

LUKISAN MURAL






Terima kasih kepada guru pratikal Cikgu Mumtazah dan Cikgu Izzati yang sudi menghasilkan mural di Kelas Prasekolah Sayang. Minggu ini adalah minggu terakhir untuk mereka berdua menjalani latihan pratikal di Kelas Prasekolah Sayang. Terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang menjalani latihan pratikal di Sekolah Kebangsaan Bangsar.