Sunday, November 29, 2009

Pengilibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak




Kebaikan kepada kanak-kanak

  1. Mereka dapat melihat peranan ibu bapa yang berbeza iaitu sebagai guru.
  2. Mereka dapat berkenal mesra, bersoal jawab dengan orang dewasa berkenaan sesuatu pengalaman ataupun pengetahuan kerana ibu bapa datang daripada pelbagai latar belakang pekerjaan.
  3. Mereka dapat lebih perhatian daripada orang dewasa ketika menjalankan aktiviti kumpulan di mana nisbah kanak-kanak berbanding orang dewasa adalah kecil.

Kebaikan kepada ibu bapa

  1. Mereka dapat melihat tingkah laku anak di sekolah.
  2. Mereka berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi masalah tingkah laku anak-anak.
  3. Mereka dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar kepada anak mereka selama berada di sekolah.
  4. Mereka lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh anak-anak.
  5. Mereka boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti rangsangan .
  6. Mereka dapat bersoal jawab dan berkongsi masalah dengan guru.Mereka dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.

Kebaikan kepada guru


  1. Mereka mendapat buah fikiran dan maklum balas secara terus daripada ibu bapa apabila hendak menjalankan aktiviti.
  2. Mereka dapat berkongsi masalah dan bersoal jawab bagi meningkatkan perkembangan anak-anak.
  3. Mereka boleh menjadi penghubung ibu bapa dan sekolah.
  4. Mereka dapat belajar dan meningkatkan pengetahuan hasil interaksi dengan ibu bapa yang mempunyai pelbagai latar belakang pekerjaan dan pendidikan
  5. Mereka dapat sokongan dalam setiap aktiviti yang dijalankan terutamanya yang melibatkan tenaga dan bantuan kewangan.

Sumber:Panduan Kurikulum Prasekolah, PTS Publication

1 comment:

  1. saya nak guna bhn sikit ye..mnta izin..tq..(usaha yg sgt murni)

    ReplyDelete