Pada 24 Mei 2012, Prasekolah Pintar & Sayang telah mengadakan sambuatan Hari Lahir bagi murid-murid yang lahir pada bulan Jan-Jun dan sambutan Hari Guru peringkat Prasekolah. Seramai 23 orang murid telah menyambut hari lahir. Cikgu rasa seronok sekali bila melihat wajah-wajah comel begitu riang sekali walaupun cikgu letih menguruskan majlis ini. Maklum sajalah tahun ini anak-anak murid yang seramai 50 orang berbagai-bagai kerenah. Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Terima Kasih pada ibu bapa yang sudi memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk. Buat Cikgu Siti, Ibu Juliana & Ibu Fatimah, tanpa kalian pasti kelam kabut majlis ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih buat Puan Che Norizam (GB) yang sudi memberi hadiah kepada anak-anak prasekolah dan cikgu-cikgunya sekali. Ingatan Puan buat kami, amat kami hargai .Buat anak-anak comel ini, terima kasih hadiah yang kalian berikan. Selamat bercuti dan jangan lupa siapkan kerja sekolah yang cikgu beri. Cikgu sayang semua....
No comments:
Post a Comment